SST - Cukai Jualan Malaysia 2018
- Maklong
- Aug 20, 2018
- 1 min read

Soalan 1: Apakah maksud cukai jualan?
Jawapan 2:
Cukai jualan adalah cukai seperingkat yang dikenakan dan dilevi:
i. ke atas barang bercukai yang dikilangkan di Malaysia oleh orang bercukai dan
dijual olehnya (termasuk pelupusan dan kegunaan sendiri); dan
ii. ke atas pengimportan barang bercukai ke Malaysia.
Soalan 2: Apakah barang yang tertakluk kepada cukai jualan?
Jawapan 2:
Barang yang tertakluk kepada cukai jualan adalah barang yang TIDAK disenaraikan
di dalam Perintah Cukai Jualan (Pengecualian Barang Dari Cukai Jualan) yang dicadangkan.
Soalan 3: Apakah yang dimaksudkan dengan pengilangan?
Jawapan 3:
Pengilangan bermaksud:
Perubahan bahan dengan cara manual atau mekanikal ke atas suatu produk kepada suatu produk baru dengan menukar saiz, bentuk, komposisi, sifat atau kualiti bahan tersebut dan termasuk pemasangan bahagian-bahagian ke dalam satu jentera atau produk lain. Walau bagaimanapun, pengilangan tidak termasuk pemasangan mesin atau peralatan untuk tujuan pembinaan.
Berkaitan dengan petroleum, apa-apa proses pengasingan pembersihan, penukaran, penapisan dan pengadunan.
Soalan 4: Siapakah orang bercukai?
Jawapan 4:
Orang bercukai adalah orang yang mengilang barang bercukai dan nilai jualan tahunan melebihi nilai ambang RM 500,000.00 dan bertanggungan untuk berdaftar. Orang itu dikehendaki untuk berdaftar melalui sistem MySST.
Register: Sale Tax >>
Register: Service Tax >>
Soalan 5: Apakah kadar bagi mengenakan cukai jualan?
Jawapan 5:
Cadangan kadar cukai jualan adalah 5%, 10% atau kadar tertentu.
Sumber : >> Kastam FAQ (BM) Cukai Jualan 2018
Comments