Cara Tut Pokok Limau Nipis
Belajar cara tut pokok limau purut dengan kaedah yang mudah dan ringkas.
Boleh digunakan untuk pokok lain seperti mangga, limau, rambutan, dan tin.
Konsepnya sama sahaja.
Peralatan:
Gunting
Pisau
Bahan:
Cable tie
Plastik pembungkus
Serbuk penggalak pengakaran (Seradix 2)
Tanah campur
Langkah:
![](https://static.wixstatic.com/media/1b8354_fe269063edb94800aede0d13034170dc~mv2.jpg/v1/fill/w_300,h_169,al_c,q_80,enc_auto/1b8354_fe269063edb94800aede0d13034170dc~mv2.jpg)
![](https://static.wixstatic.com/media/1b8354_bd03d083d69548d08fdffa42d5409991~mv2.jpg/v1/fill/w_169,h_300,al_c,q_80,enc_auto/1b8354_bd03d083d69548d08fdffa42d5409991~mv2.jpg)
![](https://static.wixstatic.com/media/1b8354_aeabfd0412a34665867dc6a31e00b879~mv2.jpg/v1/fill/w_300,h_237,al_c,q_80,enc_auto/1b8354_aeabfd0412a34665867dc6a31e00b879~mv2.jpg)
Pilih dahan yang hendak ditut. Kualiti dahan itu mestilah bebas daripada sebarang kerosakan dan penyakit.
Kepit dengan gunting dan kelar keliling dahan itu.
Kemudian kelar di bahagian bawah pula dengan jarak sekitar 3-5 cm.
Gunakan pisau untuk mencungkil keluar kulit batang.
5. Sapukan keliling kelaran tadi dengan serbuk penggalak pengakaran. Tak perlu banyak. Sedikit sahaja sudah memadai kerana hanya berfungsi sebagai penggalak.
![](https://static.wixstatic.com/media/1b8354_2bc0be17851f4ea3b62882987fd3fdfa~mv2_d_1755_1522_s_2.jpg/v1/fill/w_980,h_850,al_c,q_85,usm_0.66_1.00_0.01,enc_auto/1b8354_2bc0be17851f4ea3b62882987fd3fdfa~mv2_d_1755_1522_s_2.jpg)
6. Gempalkan tanah campur dengan meletakkan sedikit air. Penting untuk tanah campur ini lembab agar tidak mudah kering nanti di dalam pembalutan.
![](https://static.wixstatic.com/media/1b8354_b3409db2cd8d4d7db83ffcbd947e43f2~mv2.jpg/v1/fill/w_300,h_219,al_c,q_80,enc_auto/1b8354_b3409db2cd8d4d7db83ffcbd947e43f2~mv2.jpg)
![](https://static.wixstatic.com/media/1b8354_ba9b5b8a403b4b8bb0d88918accfe932~mv2.jpg/v1/fill/w_300,h_194,al_c,q_80,enc_auto/1b8354_ba9b5b8a403b4b8bb0d88918accfe932~mv2.jpg)
7. Tekupkan gempalan tanah tadi. Gempalkan sekeliling kelaran yang telah dibuka tadi.
![](https://static.wixstatic.com/media/1b8354_b1002647c5094e0baf2f9e9ae3819fc0~mv2.jpg/v1/fill/w_300,h_143,al_c,q_80,enc_auto/1b8354_b1002647c5094e0baf2f9e9ae3819fc0~mv2.jpg)
8. Kemudian ambil plastik dan balut dengan betul. Pastikan balutan meliputi semua bahagian gempalan. Seterusnya ikat dengan cable tie di bahagian bawah dan hujung balutan.
9. Nak tahu menjadi atau tidak, lihat apabila akar akan penuh di dalam bungkusan itu. Tunggu sekitar 4 hingga 8 minggu untuk lihat hasilnya.
10. Apabila akar sudah penuh di dalam bungkusan itu, bolehlah potong di bahagian bawah akar tersebut. Pindahkan tut ke dalam bekas yang berisi tanah campuran.
Pemindahan perlu dilakukan dalam keadaan berhati-hati. Walaupun akar sudah banyak keluar, tidak bermakna akar itu kuat. Kebanyakan pekebun gagal melihat hal ini terutama pekebun amatur. Jika pengendalian semasa pemindahan dilakukan terlalu kasar boleh menyebabkan akar tercedera.
Akar yang tercedera menyebabkan pokok tut lambat membesar. Ini kerana pokok terpaksa menumpukan nutrien dan tenaga bagi membaiki akar yang rosak itu.
Jadi, pekebun perlulah berhati-hati semasa penanaman di dalam bekas. Elakkan menekan pangkal tut apabila selesai ditanam. Cuma siram di keliling tut sahaja.
Lebih elok dipindahkan ke dalam polibeg dahulu sebelum pindah ke dalam tanah. Ini agar akar anak pokok tut sempat stabil dan tumbuh dengan subur.
Comments