top of page

Buah Bidara



Pokok Bidara Epal

Pokok bidara epal cepat tumbuh dan mula menghasilkan buahnya dalam tempoh tiga tahun. Buahnya lembut, berair, berbiji boleh mencecah sehingga 1-2.5 inci (2.5-6.25 cm) panjang, bergantung kepada jenis dan kecanggihan penanaman, buah mampu mencapai ukuran 6.25 cm panjang dan 4.5 cm lebar. Bentuk buah hampir bujurmelonjong, bulat atau lonjong. Kulitnya licin pada am nya berkilat, nipis tetapi padat. Buahnya masak pada berlainan masa, walaupun pada pokok yang sama. Buahnya berwarna hijau bila muda, kuning ketika masak dan merah ketika matang sepenuhnya. Ia lembut, berair berkulit kedut dan mempunyai aroma yang amat menyenangkan. Rasanya manis dan masam-masam-manis.Tekstur isi dan rasa menyerupai epal, apabila mengkal isinya putih dan ranggup, berasid hingga separa asid tapi manis. Buah yang terlalu masak kurang ranggup dan seperti bertepung, buah terlebih masak pulak berkedut, isi bewarna krim, lembut, berspan dan hapak. Pada mulanya aroma seperti epal dan menyenangkan berubah menjadi hapak. Terdapat biji keras ditengah, bujur atau lonjong yang mengandungi 2 biji benih bujur, coklat, 1/4 (6mm) panjang. Bunganya kecil, kuning, 5-kelopak dan biasanya berdua atau bertiga di celah daun. Bunga putih atau putih kehijauan dan buahnya bewarna oren coklat, 2-3 cm panjang, boleh dimakan dengan pulpa putih mengelilingi 2-locular pirena.

Kandungan (Chemical Constituents) – Hasil Kajian dari Jodhpur National University

  • Antioksidan – flavanoid, phenolic compounds, tannin dan saponin

  • Alkaloids (termasuk protopine iaitu anti-histamine semulajadi dan analgesic semulajadi), glycosides, triterpenoids, berberine (anti-kulat semulajadi)

  • Vitamin C, B1, B2, B3 (meningkatkan HDL)

  • Carotene Kalsium, besi, fosfurus Citric acid, oleic acid, malic acid, oxalic acid, linoleic acid dan lain-lain.

Sifat-sifat Perubatan:

  1. Enzim-enzim antioksidan mengurangkan atau melawan unsur-unsur yang menyebabkan kerosakan pada hati seperti hepatotoxin (bahan kimia yang merosakkan hati). Hepatotoxin banyak terdapat dalam ubat-ubatan kimia dan alkohol.

  2. Berkesan melawan oxidative stress yang menyebabkan sel-sel rosak dan menjadi kanser.

  3. Mengandungi aktiviti antimicrobial iaitu tindakbalas yang melawan virus, bakteria dan kulat.

  4. Mengandungi aktiviti hyperglycaemic atau antidiabetic (yang mengawal lebihan gula dalam darah) dalam ekstrak daun dan biji.

  5. Mengandungi aktiviti immunomodulatory (yang berkesan positif pada sistem imune tubuh).

  6. Mengandungi aktiviti antimicrobial (merencat pertumbuhan organisma yang menyebabkan penyakit atau pathogen)

  7. Ekstrak bijinya merencatkan ketumbuhan sel HL-60 (sel lukemia).

  8. Ekstrak daunnya bertindak ke atas bakteria seperti S. pyogenes dan E. coli

  9. Tiada sebarang racun atau contraindication yang diketahui pada mana-mana bahagian pokok ini.

  10. Anti radang (Anti-inflammatory)

Applikasi

  • Salah satu bahan sunnah dalam mandian untuk jenazah (sila lihat hadith di atas).

  • Rawatan mandian untuk masalah gangguan makhluk halus.

  • Mandi haid

  • Rawatan perubatan untuk beberapa masalah dan penyakit terutamanya hati, perut dan paru-paru.

Kegunaan

  • Daun – penyakit-penyakit hati yang kronik termasuk busung (ascites), hepatitis dan kanser hati, demam, lelah, cirit-birit, luka dan luka yang bernanah, radang dan bengkak, radang tonsil yang kronik, gonorhea, peluh berlebihan, radang mata (conjunctivitis), masalah kitaran haid.

  • Buah – masalah paru-paru, demam, masalah hati, masalah penghadaman.

  • Biji – loya dan muntah, radang sendi, cirit-birit.

  • Bunga – losyen untuk mata .

  • Kulit – cirit-birit, radang usus (dysentery), radang gusi (gingivitis).

  • Akar – gout, radang sendi, luka, menurunkan kadar histamin dalam tubuh, sawan.

(Kredit: http://alim.sekolah4u.com/kenali-bidara-epal/)

Comments


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square

PERINGATAN: 
Maklong tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

bottom of page